Monday, 3 December 2012

Medan, indonesia - day 1

Hii.. Assalamualaikum semua...
Noe tuk entry kali nie aq nk kongsi bout trip aq ke Medan,Indonesia.
Sebenarnya trip nie x pun dirancang lebih awal, sebabnya adik aq, Joeysam tgk tiket flight kat air asia agak murah...so apalagi aq grab la peluang nie tuk bercuti di medan, huhuhu... tiket flight ke medan rm 428.00 jer tuk 2 orang tiket pergi dan balik.  Woww sgt berbaloi kan??? 
50 minit atas kapal terbang
Ok, kami ke Medan nie selama 5 hari 4 malam. Chopp!! Aq ke Medan nie bersama adik aku, Joeysam dan kawan aku yang dah lama belajar di salah sebuah universiti kat Medan nie...Wati (kawan form 6). So flight aq pada 2 disember 2012 pada pukul 7.40 pagi (tp tadi lambat sikit berlepas cuz ada masalah sikit). Kami berlepas pada kul 7.55 am. Kami sampai di Lapangan Terbang Polonia kul  7.45 pagi di Kota Medan. Huhuhu pelik kan...berlepas kul 7.55 am tp sampai medan kul 7.45 am kan...hahaha...jangan nak peningkan kepala otak sgt k...cuz waktu di Medan lambat sejam drp waktu Mesia. So kita dah jimat satu jam bila tiba di Medan. lagi berbaloikan???
ahli rombongan.. Joeysam
En. Joharie Malek
Dr Airport Polonia nie kami terus amik teksi Blue Bird ke Jalan SM Raja cuz kat sana agak hapening bila anda sampai kat medan nie. So naik teksi terus ke sm raja. Harga teksi Rp 5000. Lepas dah sampai di sm raja, kami terus cari hotel, mmg niat dr malaysia nie nak cut cost sebanyak mungkin..hahaha.. So kami terus amik hotel buget, yuki hotel . Harga tuk semalam ialah Rp 100000.
Hahahah mahalkan..... Tapi x de mahalpun..kalau convertkan ngan Ringgit Malaysia harganya dalam rm30 jer tuk satu malam. Hotel tue pun sgt strategik. Berdekatan ngan yuki simpang raya mall. So jalan kaki jer nak g mall tue.
En. Joeysam yang sgt koya!!!
Mmg tuk mula2 dtg indon....kita akan tersangat pening dengan keadaan di sini. Apa x nyer, cara pemanduan jalan raya yang agak teruk, semua pemandu asyik dok bunyikan hon jer, adeii bising taw!!!. Pastu dengan wang kertas yang beribu-ribu. Ngan 'becak' yang penuh di sekeliling kita. Adoi pening seketika.
c....tue adalah salah satu becak yg ada kat Medan nie.... tp yg nie prefer tuk  jual makanan k...
*becak - beca motor beroda tiga

Lepas dah check in kat hotel. Kami tidoe dulu, sgt letih doe!!! So lepas dah tidoe dlm kul 2, kami terus ke Istana maimoon. Istana nie dekat jer letaknya dr hotel kami. So kami pun g jalan kaki jer. Tiket masuk ke istana maimoon ialah Rp 5000 tuk satu kepala. So quit berbaloi kan. Istana nie sebenarnya adalah istana lama yg dijadikan muzium. So tuk maklumat lanjut bout istana nie..korang google jer k. Malas aku nak tulis pasal istana tue cuz aq pun x tahu. Hahhaha
hadapan Istana Maimoon
one of sudut di Istana Maimoon :)
sudut2 di dalam Istana Maimoon
KOYA...
ok dah lepas pusing2 Istana Maimoon, kami ingt nak balik hotel terus, tp dalam perjalanan balik tue, terjumpa lak gerai Satay Padang, so kami terus cuba satay tue...gerai satay nie mmg byk tdapat di sepanjang jalan di Kota Medan nie, macam2 yang dijualnyer...just pilih ikut selera jer.. so aq pilih Satay Padang ngan Teh Botol Dingin. 
gerai cam nie mmg byk terdapat di Medan, so pilih jer nak makan apa...janji sediakan duit k..hahaa..tp nie dipanggil GERAI ker?...hrmmm
Joeysam sedang melantak Satay Padang....
Satay padang regenyer Rp 1500 secucuk, lebih kurang Rm 0.50..
agak pedas nyer....ishhhh
ketupat....rasa sama jer ngan Mesia
teh botol Rp5000 sebotol